0rang2 Pintar

Welc0me To My Life

Harap Berpuas Hati Dengan Hasil Yang Tidak Seberapa

hasil karya : noble amor

Thursday, 28 June 2012

dugaan cinta

Sebenarnya ada banyak cerita yang saya nak luah kan kat blog saya nie, walaupon saya x berapa nak pandai karang cerita macam bloger yang lain, tapi jangan risau saya akan cuba perbaiki..

Saya x kisah sangat sebenarnya, sebab blog saya nie bukan ada orang nak tengok pon..hehehe

Ok..Saya nak kongsi story yang saya rasa agak menarik untuk dikongsikan kepada remaja2 yang nak kahwen muda..Story nie pon saya ciplak je..

Kisah bermula..
Dieorang nie adalah pasangan muda yang berumur sekitar 20an ke atas..Dieorang memang pasangan yang sangat sweet dan saliang memahami antara 1 sama lain..Dieorang dah bertunang baru 5 bulan.. Kalau siapa yang pernah baca kisah  perkenalan dieorang nie pasti ramai yang idamkan kisah cinta yang sama macam Cinta Dieorang nie..

Walaupon masing2 pernah mempunyai kisah cinta kenangan silam, namun cinta dieorang nie masih boleh diketegori kan Cinta Pandang Pertama..Kerana, sejak meraka pertama kali bertentang mata antara 1 sama lain, terus lekat satu perasaan yang sangat istimewa,yang telah terjalin sampai ke hari ini..Meraka hanya menunggu waktu untuk di ijab kabulkan sahaja..
 Adat kehidupan manusia, sentiasa ada dugaan.. 

Pasangan yang perempuan nie seorang yang sangat memahami pasangan nya.. Dia rasa sedih..Dan asyik termenung memikirkan sesuatu.
... Em..Semalam my fiancee cakap sesuatu yang agak menyentuh perasaan.. Dia cakap " Sayang,abang x sabar nak kahwen dengan sayang.. Ikutkan hati abang nak je ajak sayang kahwen senyap2.. " Saya sedih dengar dia cakap macam 2 sebab saya memang tahu macam mana keadaan dia ...

Di benak hati si gadis ingin juga die mengiakan hasrat pasangan nya itu. Tapi meraka masih mempunyai akal fikiran yang waras. Meraka tetap ingat pada keluarga mereka..

 Agak nye sampai bila mereka mahu menahan hajat untuk bersama.. Sedangkan masalah mereka hanya lah Kewangan.. Nak dapat kan duit yang banyak dalam masa yang singkat bukan lah perkara yang mudah bagi pasangan yang tidak mempunyai kerja yang tetap..
Bila tengok kesenangan pasangan muda yang perkahwinan yang di tanggung oleh ibu bapa yang kaya, terlintas perasaan hasad dengki pada mereka yang mempunyai kehidupan yang lebih mewah..
Persoalannya di sini, sampai bila dieorang dapat bertahan..Dengan kehidupan yang serba bebas, godaan syaitan yang sentiase menghasut manusia ke arah kesesatan,pandangan buruk orang sekeliling, dan macam2 lagi keburukan yang ade.

Adakah majlis perkahwinan,hantaran yang banyak atau pemikiran yang mahu kan kehidupan yang bahagia selepas berkahwen itu lebih penting daripada mendapatkan 1 perhubungan yang halal..

X pe lah..aku akan tunggu cerita mereka yang seterus nya..

Tunggu je k..

No comments: